Thursday, June 23, 2011

Emas Lagi

Emas perhiasan tak boleh dibuat menggunakan emas 999 krn emas 999 sgt lembut dan tak kuat utk pemakaian sehari-hari spt kemungkinan berlakunya calaran dsb. Jadi, emas 999 dibuat khusus dlm bentuk jongkong dan syiling emas saja. Tujuan utamanya adalah utk simpanan dan pelaburan krn kenaikan purata harga emas utk setahun ialah antara 30-35%(sila rujuk http://www.kitco.com/).

Jika dilihat melalui bahagian 'Gold Chart' pd website tersebut, harga emas pd Jan 2000 ialah USD285 per oz manakala pd July 2010 ialah USD1375 per oz. Ini merupakan kenaikan sebyk 382.26% utk 10 thn dan setahun secara purata ialah sebyk 38.226%.

Masa dulu para isteri saja yg suka dihadiahkan barang kemas di hari jadi, anniversary dsb tapi akhir2 ni para suami juga suka emas tapi bukan barang kemas sebab tak boleh dipakai sebaliknya para suami suka sgt dihadiahkan Dinar emas(bukan utk dipakai tapi di bawa ke mana saja). So, lps ni para suami boleh la demand Dinar utk hari jadi yer..smiley

Lagi Pasal Emas ni..
Maksud Hadith:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham(untuk digunakan).

-Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

Kelebihan Dinar Emas
1. Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
2. Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenarnya.
3. Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas.
4. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
5. Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
6. Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
7. Harga emas dan perak yang sentiasa meningkat setiap tahun akan menambahkan lagi nilai kekayaan penyimpan dinar dan dirham.
8. Inflasi sifar sejak 1400 tahun lalu.

Spesifikasi Dinar Emas dan Dirham
Khalifah Umar Al-Khattab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar dan Dirham adalah seperti berikut:

1 Dinar Emas=4.25gm emas 916
1 Dirham Perak=3gm perak 999

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1432 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham(RM3.90 x 3gm perak=RM11.70). Harga semasa 1gm perak ialah RM3.90.

Di harap informasi ni berguna utk dikongsi bersama..smiley

No comments:

Post a Comment