Thursday, June 23, 2011

ASET DAN LIABILITI

Bagaimana? Sudah memiliki emas pertama anda? atau mahu kembangkan lagi sehingga emas anda boleh mencecah 1 kilogram pula? smiley Simpanlah emas sebanyak mungkin, anda tidak
akan pernah rugi. Percayalah...! Baiklah, pada kali ini, suka saya untuk berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal ASET dan macam mana pula nak kenal LIABILITI.

Kita sedang bercakap tentang harta. Seperti saya menyimpan emas sebagai perlindungan harta saya. Dan jika anda benar-benar mahu kaya, maka ASET dan LIABILITI adalah perkara asas yang wajib anda tahu. Ianya telah dibuktikan dari pengalaman lepas!

Apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI.

Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI.

Ya, hanya 1% sahaja. Betapa kurangnya ilmu kewangan ramai orang di luar sana!

Jom kita lihat! Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu ia akan menyebabkan:

1) Wang tunai anda bertambah ~ CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK ATAU KOPERASI BERDAFTAR yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA

2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS. Itulah yang sedang saya lakukan hari ini.
Dan saya menyeru anda juga melakukannya untuk kepentingan masa depan anda juga.

3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif ~ CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai ~ CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN. Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang kaya di luar sana.


Manakala, apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:

1) Wang tunai anda berkurangan ~ CONTOHNYA dengan berbelanja boros atau berbelanja
tanpa beringat

2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu ~ CONTOHNYA dengan membeli RUMAH atau KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan
pendapatan anda. Ramai yang lakukan perkara ini!


3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif ~ CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH. Perniagaan anda akan binasa!

4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negative ~ CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai ~ CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI yang sebenarnya tidak anda perlukan!

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN, anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI.

Ingat! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapaikebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.

Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin. smiley

Persoalannya anda kini berada di situasi mana? Tepuk dada tanya selera...Sudah memiliki aset emas anda? Jika bukan hari ini, bila lagi?

No comments:

Post a Comment