Thursday, June 23, 2011

Emas dan Syurga

Salam Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Nampaknya sudah lebih 2 bulan anda menerima info emas dari saya. Saya tahu setiap kali anda membaca posting saya pastinya anda mahukan emas berada dalam genggaman anda sekali pun anda seorang lelaki.

Sekurang-kurangnya 1 gram pun dah mencukupi? Sebab itulah saya cadangkan anda dapatkan dahulu emas, walaupun hanya 1 dinar (4.25gm) . Tak rugi tau. Percayalah cakap saya!

Jadi anda boleh hubungi saya. Kita sembang-sembang info tentang emas pun ok. Fahamkan dulu baru beli. Sebab dengan saya, anda beri duit, saya beri emas. Tak perlu nak cari downline ke, masuk skim sana sini ke, tak perlu nak paksa-paksa orang lain beli ke. Mudah sangat, anda nak beli, saya jual. Banyak manfaat dan faedah simpan emas ni.

Kebanyakan orang hanya tahu simpan emas saja dan tak tahu apa nak buat dengan emas yang dibeli. Ini berlaku pada saya beberapa tahun yang lalu. Sekadar beli barang kemas untuk isteri tapi dia cuma pakai seutas gelang yang tak sampai 10gm. Yang lain simpan di save deposit box. Cukup haul keluarkan zakat 2.5%. Itu saja.

Tapi bila saya mendalami ilmu emas ni, sebenarnya banyak perkara yang boleh dibuat dengan logam berharga nie. Jika anda hanya menyimpannya saja pun anda sudah dikira beruntung.

Kenapa anda perlu menyimpan emas? Ini kerana...

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang(3-5 tahun). Semakin lama anda simpan emas, semakin kayalah anda.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh kerana inflasi dalam jangka masa panjang.
4. Aset yang paling unggul dan paling mudah untuk ditukarkan dengan wang jika terdesak.
5. Emas tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimanipulasi.
6. Emas bernilai untuk selama-lamanya.
7. Satu-satunya logam yang disebut di dalam al-Quran sebagai perhiasan penghuni Syurga.

Gambar: Dalam bentuk serbuk sekalipun emas tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan sebenar.


Gambar: Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 23. Ini jelas terbukti emas bukan sahaja bernilai di dunia malah ia tetap bernilai di Akhirat kelak sebagai perhiasan penghuni Syurga.


Ringkasan:

1. Daripada perbincangan di atas, kita dapat lihat emas memberikan keuntungan lumayan dalam jangka masa sederhana dan panjang kerana harganya sentiasa meningkat.

2. Selain digunakan untuk pelaburan, ia juga sebagai simpanan yang menguntungkan kerana ia mampu mengekalkan kuasa membelinya walau disimpan ratusan malah ribuan tahun sekalipun.

Kesimpulan: Emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat sangat hebat kerana ia memiliki 0% inflasi sejak 6000 tahun yang lalu.

Sekian, wassalam.

Ikhlas,
Suhaimi Bin P Abdul Karim
013-3447846
A2280

No comments:

Post a Comment