Thursday, June 23, 2011

EMAS SIMBOL KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN

Assalamualaikum wbt,

Apa kabar warga su.net? Saya doakan agar semuanya sihat sejahtera. Minggu ni saya ingin menulis artikel bertajuk

"EMAS SIMBOL KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN"

Sejak beribu-ribu tahun yg lampau, emas dianggap sbg logam bernilai tinggi krn
warnanya yg berkilauan selain kesukaran utk mendptkannya dan turut dijadikan matawang. Di zaman pemerintahan Firaun,
emas digunakan utk membuat perkakasan diraja. Antaranya almari, kerusi, pinggan mangkuk, sudu, bejana dsb. Kedudukan
emas pd ketika itu amat2 bernilai hinggakan ianya khusus utk golongan bangsawan saja. Org awam di tegah memiliki emas
walaupun mampu.

Pada zaman mutakhir ini pula, emas boleh dimiliki oleh sesiapa saja asalkan mampu membelinya. Ironinya, kedudukan emas
masih dipandang tinggi sbg logam yg paling bernilai w/pun 6000 tahun sudah berlalu. Ini bermakna aura Aurum(nama
saintifik emas) masih utuh dan tidak di makan oleh zaman. Ini terbukti byk ayat2 Al-Quran yg menyebut logam ini sbg
salah satu perhiasan Syurga.

Mengapa org 'tergila2' utk memiliki emas? Sebabnya ialah harganya yg tidak pernah jatuh dan emas juga mampu mengunci
kekayaan si pemiliknya. Walaupun mahal, manusia tetap berebut utk mendptkannya sekalipun terpaksa meredah lautan dlm,
menggali tanah bertan-tan dan bersengkang mata berhari2. Apa tidaknya? Sepuluh tahun yg lalu, harga emas sekadar
RM35 segram dan skrg harganya mencecah RM155 segram. Kenaikan sebyk RM120 segram(342%) dlm masa 10 thn atau 34.2%
setahun. Bayangkan ketika itu anda mempunyai 1kg emas berharga RM35,000 saja dan skrg harganya mencecah RM155,000.
I'm speechless!!

Selain harganya sentiasa meningkat, emas juga adalah inflasi sifar. Ini terbukti di zaman Rasulullah SAW, harga seekor
kambing ialah 1 dinar emas dan pada hari ini harga seekor kambing masih juga 1 dinar emas(~RM652). Begitu juga harga
seekor ayam di zaman Rasulullah ialah 1 dirham dan pada hari ini harganya masih sama iaitu 1 dirham(~RM12).

Mari kita buat sikit kiraan matematik..

Ali memiliki tunai RM100,000 dan disimpan di dlm ASB dgn purata setahun dividen + bonus iaitu 8.5%. Beliau tidak
menambah jumlah tersebut dan membiarkannya saja. Simpanan Ali tertakluk kpd kadar inflasi 4% setahun dan zakat simpanan
2.5% setahun.

Ahmad pula memiliki emas dgn jumlah berat 645gm(RM155 segram) atau RM100,000 dan disimpan di save deposit box
dgn purata kenaikan tahunan sebyk 30%. Beliau juga tidak menambah kuantiti emasnya. Simpanan emas Ahmad tertakluk
kpd zakat emas dgn nisab 85gm sebyk 2.5% setahun dan tiada(0%) inflasi bagi emas.

Apa akan jadi slps 5 tahun?

Simpanan Ali: RM107,450
Simpanan emas Ahmad: RM327,145 (645gm)

Walaupun kuantiti emas Ahmad sama namun nilainya sgt2 tinggi. Ahmad mempunyai lebihan tunai sebyk RM219,695
mendahului Ali. Cuba bayangkan jika Ahmad masih lagi menyimpan emas2nya 10, 15 atau 20 tahun lagi. Sudah
pasti Ahmad bergelar Jutawan Emas Senyap!!

Emas sgt diperlukan jika berlaku darurat atau krisis makanan di sesebuah negara. Pada masa itu, wang kertas
tidak bernilai lagi. Satu2nya yg boleh ditukar utk mendptkan makanan ialah emas. Inilah yg berlaku pd
negara Vietnam. Wang kertasnya tak laku. Rakyat Vietnam cuma bawa kepingan2 emas utk masuk ke Malaysia
dan dijadikan modal utk berniaga kain di negara kita. Ini kerana emas di terima di seluruh dunia dan
tidak tertakluk kpd sempadan sesebuah negara. Tidak seperti wang kertas. Contohnya, jika kita bawa sekeping
RM10 utk membeli sebuku roti di Singapore. Adakah ianya di terima? Sudah pasti tidak. Kita terpaksa
menukarkannya kpd SGD dulu..baru laku.

Sekali pun kita memiliki hartanah, kereta, saham dsb yg bernilai jutaan ringgit, memiliki emas masih di anggap
simbol kemewahan dan kekayaan. Tambahan pula tiada siapa yg tahu kita menyimpan emas selain kita dan Allah. Jika
kita menyimpan wang sebyk RM1 juta,LHDN akan mengejar kita. Tambahan pula kalau kerja dgn kerajaan, bukan setakat
LHDN yg mengejar, SPRM pun turut mengejar.Bagaimana dgn emas? Boleh ke LHDN kesan simpanan emas kita?

Kesimpulannya, walau siapa pun anda, simpanlah emas krn emas mampu mengunci kekayaan anda. Tak kiralah samada emas 999,
916, 850, barang kemas dsb yg penting simpan emas. Tak perlu tunggu harga emas murah krn emas sememangnya tak pernah
murah. Bila ada duit lebih beli emas..beli emas..beli emas. Jika tak de duit, mula kumpul duit hari demi hari. Bila
dah cukup terus beli emas.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment