Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.
Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi.
Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Inilah faktor2 yang mempengaruhi harga emas samada naik atau turun. Lagi satu, kerajaan yg memerintah tiada kuasa utk menetapkan harga emas krn emas bukan barang kawalan serta ia diniagakan di pasaran terbuka. Oleh itu, sesiapa yg memiliki emas diklasifikasikan sbg org kaya krn martabat emas sbg logam paling berharga di dunia dan emas tiada(0%) inflasi sejak 1432 tahun yg lalu. Tambahan pula emas tidak boleh di buat sesuka hati krn ia pemberian Allah kpd manusia. Lain pula bagi wang fiat, boleh dicetak sesuka hati tanpa had oleh kerajaan. Kesannya, nilai matawang jatuh & kadar inflasi pun meningkat.
No comments:
Post a Comment